PETALING JAYA: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) secara kolektif tidak bersetuju dengan syarat kerusi dikosongkan terhadap mana-mana ahli parlimen yang dipecat kerana melompat parti sekali gus Pilihan Raya Kecil (PRK) perlu diadakan. Perkara itu antara tiga kriteria lompat parti yang terkandung dalam Rang Undang-Undang (RUU) Lompat Parti yang akan dibentang di Dewan Rakyat, Isnin ini. Bercakap kepada Utusan Malaysia, sumber memberitahu perkara itu dibangkitkan dalam Mesyuarat Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu…










