Rugi RM69,000 ditipu syarikat tawar kerja sambilan

Rugi RM69,000 ditipu syarikat tawar kerja sambilan

maut
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Empat laporan diterima Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung penipuan tawaran kerja secara sambilan yang kononnya ditawarkan oleh syarikat Nexea dengan nilai kerugian RM69,000.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah komersial (JSJK), Bukit Aman, Datuk Mohd. Kamaruddin Md. Din berkata, tawaran berkenaan telah ditularkan melalui mesej yang dikongsikan melalui aplikasi whatsapp.

Kata beliau, melalui mesej tersebut, pihak syarikat menawarkan pekerjaan untuk memproses pesanan melalui platform aplikasi dengan upah lumayan sekitar RM300 ke RM500 sehari.

Ujarnya, siasatan mendapati, pelabur yang berminat diarahkan untuk memindahkan wang kepada pihak syarikat melalui akaun yang diberikan.

“Bagaimanapun,akaun tersebut bagaimanapun dimiliki oleh individu persendirian yang dipercayai keldai akaun. pada peringkat awal, pelabur akan menerima keuntungan yang dijanjikan, namun setelah membuat pindahan wang dalam jumlah yang besar, pihak syarikat akan memutuskan hubungan dengan pelabur,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sehubungan dengan itu, Mohd. Kamarudin mengingatkan, orang ramai yang berminat dengan tawaran bekerja secara sambilan untuk sentiasa berhati-hati. 

Tegas beliau, sekiranya mereka diminta untuk membuat pindahan wang (terutama kepada akaun bank milik individu persendirian), ia adalah petanda bahawa anda mungkin menjadi mangsa penipuan.

“Sebagai langkah pencegahan, orang ramai adalah dinasihatkan untuk membuat semakan yang terperinci dengan syarikat atau agensi yang berkaitan sebelum memohon dan menerima apa jua tawaran kerja yang meragukan.

“Pihak polis percaya wujud kemungkinan untuk penjenayah menyamar sebagai entiti perniagaan yang sah dalam usaha untuk memperdayakan mangsa. sebarang nasihat atau maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi CCID Scam Response Center di talian 03-26101559 atau 03-26101599,” jelasnya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN