rakyat Terengganu

RM65.9 juta bantuan khas Aidilfitri rakyat Terengganu

AHMAD SAMSURI MOKHTAR

KUALA TERENGGANU: Terengganu memperuntukkan sebanyak RM65.9 juta bagi pemberian bantuan khas Aidilfitri kepada rakyat negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, jumlah itu merangkumi bantuan i-Fitri sebanyak RM58.99 juta kepada 150,947 penerima daripada kategori A dan B.

Katanya, baki yang lain pula melibatkan bantuan kewangan kepada seramai 13,827 penjawat awam negeri meliputi gred 56 dan ke bawah. 

“Penjawat awam yang layak bakal menerima bantuan Aidilfitri berjumlah RM500 bermula 25 April ini.

“Semoga bantuan ini dapat memeriahkan sambutan Syawal kita bersama orang  tersayang,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN

 

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN