Rasuah RM2.3b: SPRM tahan eksekutif muda, bukan CEO

Rasuah RM2.3b: SPRM tahan eksekutif muda, bukan CEO

KERATAN laporan Mingguan Malaysia Ahad lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan seorang daripada sembilan individu yang ditahan bagi membantu siasatan isu rasuah berhubung projek di Petronas Carigali Sdn. Bhd. (PCSB) adalah eksekutif muda bukannya ketua pegawai eksekutif (CEO) seperti dakwaan segelintir pihak.

Suspek adalah antara sembilan individu ditahan agensi itu sejak 8 Jumaat lalu sehingga hari ini.

SPRM dalam satu kenyataan memaklumkan, siasatan itu adalah hasil kerjasama dan perkongsian maklumat antara SPRM dan Petronas bagi membantu memperkuku integriti di syarikat milik kerajaan (GLC) berkenaan.

“Seorang daripada sembilan individu yang ditahan bagi membantu siasatan tersebut adalah eksekutif muda di PCSB.

“Lapan lagi individu yang turut ditahan adalah pemilik dan pegawai kanan syarikat-syarikat kontraktor serta vendor yang menjalankan projek berkaitan isu rasuah tersebut,” katanya. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN