2,505 tan

Johor: Kutip 2,505 tan sampah sehari dalam Ramadan

CAIRUL Hisham Jalaluddin (empat dari kanan) bersama para pengamal media yang menerima sijil penghargaan daripada SWM dalam majlis dan berbuka puasa SWM dan Media Johor di Hotel Grand Paragon, Johor Bahru, semalam. -UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: SWM Environment Sdn. Bhd. (SWM Environment) mengutip sejumlah 2,505 tan sampah sisa pepejal sehari dalam bulan Ramadan ini, peningkatan 0.85 peratus sehari berbanding waktu sama dalam Ramadan tahun lalu.

Pengarah SWCorp Johor, Cairul Hisham Jalaluddin berkata, pihaknya turut menjangka berlaku peningkatan pembuangan sampah-sarap sepanjang Syawal sempena sambutan perayaan Aidilfitri ini.

“Bagi perayaan tahun 2022 ini memang kita dah jangka akan berlaku peningkatan ekoran pembukaan semula sempadan antarabangsa dan kerancakan semula aktiviti ekonomi.

“Selain daripada sampah sarap sisa buangan, kita juga jangka akan berlaku peningkatan pembuangan perabot dan kelengkapan rumah menjelang sambutan Aidilfitri, kemungkinan peningkatan 2 hingga 4 peratus berbanding tahun lalu,” katanya dalam sidang akhbar di Hotel Grand Paragon, di sini semalam.

Dalam pada itu, Cairul Hisham turut memberitahu pihaknya telah mengutip sejumlah 1.4 juta kilogram barangan kitar semula melalui program pengasingan sisa di punca di seluruh Johor sepanjang tahun lalu.

Sementara itu, Pengurus Besar Korporat SWM Environment, Mohd. Norlisam Mohd. Nordin pula memberitahu, seramai 4,349 pekerja pembersihan SWM Environment akan ditugaskan dengan pengoperasian pembersihan sisa pepejal di seluruh Johor sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri ini.

Menurut beliau, Pelan Strategi Operasi Hari Raya Aidilfitri yang turut melibatkan sejumlah 461 kenderaan berjentera itu akan mula dilaksana bermula 1 Mei hingga 7 Mei ini di kesemua 15 pihak berkuasa tempatan Johor.

“Dalam pada itu, pada tarikh 1 Syawal iaitu 3 Mei ini, kita akan memberi tumpuan kepada 120 lokasi yang telah dikenal pasti mempunyai kepadatan penduduk Islam yang tinggi iaitu kawasan perumahan, pelancongan, laluan utama, protokol serta bazar perayaan,” katanya 

Tambahnya, bagi menjayakan operasi pembersihan secara bersasar itu seramai 1,100 petugas akan terlibat dan pihaknya turut mengingatkan orang ramai agar tidak meletakkan kenderaan di kawasan yang boleh menghalang pergerakan jentera pembersihan.

“Ingatan ini perlu dibuat kerana kita tahu pada musim perayaan ini ramai ahli keluarga dan rakan-rakan akan berkumpul dan jumlah kenderaan di sesuatu kawasan turut meningkat, jadi diharap semua pihak dapat bekerjasama dalam soal ini.

“Selain itu, tong sampah beroda juga perlu diletakkan di kawasan yang mudah diakses petugas pembersihan, kerana jika laluan terhalang ada kemungkinan sampah berkenaan tidak dapat dibersihkan sekolah menimbulkan rasa kurang selesa dalam kalangan penduduk,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya