Program Jualan Semarak Syawal 2022 MAFI jangka lepas sasaran, cecah RM28 juta

Program Jualan Semarak Syawal 2022 MAFI jangka lepas sasaran, cecah RM28 juta

ONN Hafiz Ghazi (kiri) mengadakan jualan promosi bakul lodeh berharga RM10 bersama Ahmad Hamzah (dua kiri) kepada pengunjung Program Jualan Semarak Syawal 2022 Peringkat Negeri Johor di Pasar Tani Datin Halimah, Johor Bahru di sini. UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Program Jualan Semarak Syawal 2022 dijangka mencatat hasil jualan sehingga RM28 juta, iaitu melepasi sasaran awal ditetapkan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan iaitu sebanyak RM25 juta.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan I, Datuk Seri Ahmad Hamzah berkata, ia berikutan sambutan menggalakkan ekoran pelaksanaan program tersebut di 797 outlet seluruh negara sejak dilancarkan 24 April lalu.

Katanya, jualan memberangsangkan di negeri ini turut disumbang pengunjung dari Singapura ekoran pembukaan sempadan antarabangsa pada 1 April lalu.

“Pada permulaannya, kementerian menyasarkan hasil jualan sebanyak RM25 juta, tetapi setakat semalam kita sudah capai jualan sebanyak RM10 juta. Jadi jualan kita mungkin mencecah sehingga RM28 juta pada sehingga akhir Ramadan ini.

“Di Johor misalnya, pembukaan sempadan antarabangsa memberi impak istimewa yang mana bagi lokasi Pasar Tani Datin Halimah ini, dijangka sekitar 40 peratus daripada 8,500 pengunjung yang hadir adalah melibatkan warga Singapura.

“Ini sekali gus meningkatkan peluang buat pengusaha pertanian yang terlibat memasarkan produk mereka bukan sahaja kepada pelanggan tempatan, tetapi juga pelanggan luar negara,” katanya selepas Melancarkan Program Semarak Syawal Fama 2022 di Pasar Tani Jalan Datin Halimah, di sini hari ini. Hadir menyempurnakan majlis, Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Sementara itu, Ketua Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Datuk Zainal Abidin Yang Razali memberi jaminan bekalan barangan keperluan bagi menyambut Aidilfitri mencukupi di kesemua 797 outlet FAMA seluruh negara.UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN