Polis tahan wanita pandu lawan arus, positif dadah 

Polis tahan wanita pandu lawan arus, positif dadah 

PEMANDU wanita yang ditahan selepas memandu secara lawan arus sehingga mengakibatkan kemalangan di Kilometer 16, Jalan Johor Bahru - Ayer Hitam, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seorang wanita ditahan polis kerana memandu secara melawan arus sehingga berlaku kemalangan jalan raya membabitkan dua buah kenderaan di Kilometer 16, Jalan Johor Bahru – Ayer Hitam di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupiah Abd. Wahid berkata, kemalangan pada pukul 1.45 pagi itu dipercayai berpunca daripada tindakan suspek yang memandu kenderaan jenis Toyota Vios secara melawan arus.

Katanya, suspek warga tempatan berusia 30 tahun itu melanggar bahagian hadapan dan sisi kanan sebuah Proton Saga.

“Siasatan awal dibuat terhadap suspek mendapati dia positif dadah jenis amphetamine. Kemalangan berkenaan bagaimanapun tidak melibatkan kecederaan mana-mana pihak.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 45 Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu di bawah pengaruh dadah dan Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN