Polis nafi tutup siasatan kes babitkan cubaan membunuh Ramachandran

Polis nafi tutup siasatan kes babitkan cubaan membunuh Ramachandran

MOHD. SHUHAILY MOHD. ZAIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Polis tidak pernah menutup siasatan kes membabitkan cubaan membunuh Pengarah Eksekutif Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang (PHEB), Datuk M. Ramachandran tahun lalu seperti didakwa sesetengah pihak.

Malah, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, siasatan polis berkaitan kes berkenaan masih lagi aktif.

“Siasatan kes ini masih lagi dijalankan dan kes tidak pernah ditutup. Saya ‘no komen’ (berhubung dakwaan bahawa kes ini didakwa ditutup) itu kena tanya pihak yang mendakwa,” katanya di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang di sini hari ini.

Sebelum ini, Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang (PHEB) menggesa polis segera menjalankan siasatan dan mendakwa suspek yang terlibat dengan kes cubaan membunuh Ramachandran tahun lalu.

Pengerusi PHEB, Dr. P. Ramasamy dilaporkan berkata, walaupun insiden itu telah lapan bulan berlalu, namun sehingga kini tiada sebarang tangkapan atau pendakwaan suspek dilakukan.

Pada 24 Julai tahun lalu, Ramchandran, 70, parah ditetak sekumpulan individu di hadapan kediamannya di Taman Alma, Machang Bubok dalam kejadian pukul 7 malam.

Mangsa cedera di bahagian leher, paha, belakang kepala serta badan akibat diserang dengan senjata tajam.

Difahamkan kejadian berlaku ketika mangsa sedang turun dari kereta untuk masuk ke dalam rumahnya sebelum didakwa diserang empat lelaki. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya