Polis cari suspek tetak lelaki sampai mati - Utusan Malaysia

Polis cari suspek tetak lelaki sampai mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis mengesan beberapa individu yang terlibat dalam kejadian tetak membabitkan seorang lelaki di Jalan BS 6/8 Taman Bukit Serdang, Seri Kembangan dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A.A.Anbalagan berkata, siasatan awal mendapati kejadian tersebut melibatkan beberapa individu  dan suspek dipercayai membabitkan warga tempatan.

“Kejadian  masih dalam siasatan, jika ada sebarang perkembangan akan dimaklumkan kelak,” katanya ringkas dalam kenyataan di sini hari ini.

Semalam, orang awam menemui mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum melaporkan perkara itu kepada polis pada pukul 5.56 pagi.

Semakan  mendapati mangsa adalah lelaki tempatan berusia 30 tahun dan menetap di Taman Bukit Serdang.

Mangsa yang dipercayai ditetak dengan  parang  mempunyai kesan luka pada muka, leher dan tangan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya