PM ajak baca, hayati al-Quran - Utusan Malaysia

PM ajak baca, hayati al-Quran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengajak umat Islam di negara ini untuk sama-sama membaca dan menghayati al-Quran terutamanya dalam bulan Ramadan ini.

Beliau berkata, ini kerana Ramadan antara masa terbaik menghayati kandungan al-Quran dalam menjalani kehidupan sebagai hamba Allah.

“Pada 17 Ramadan, ayat pertama al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad di Gua Hira. 

“Alhamdulillah, Fasa Peralihan ke Endemik kini juga membolehkan kita bersama-sama bertadarus di masjid.

“Marilah kita semua membaca dan menghayati al-Quran agar turut tergolong dalam kalangan insan yang bertakwa,” katanya menerusi hantaran di Facebook, semalam.

Beliau berkata demikian sempena mengenang peristiwa Nuzul al-Quran hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN