MENJELANG ketibaan Hari Raya Aidilfitri awal bulan depan, orang ramai mula membuat persiapan membeli keperluan menyambut lebaran khususnya baju raya.
Keadaan itu dapat dilihat di pusat-pusat beli-belah dengan pengunjung sama ada berseorangan atau datang bersama keluarga membeli pelbagai kelengkapan dihajati untuk digayakan pada 1 Syawal ini.
Pembelian awal membolehkan pengunjung mempunyai lebih banyak pilihan berbanding membeli saat akhir sekali gus mengelakkan bersesak-sesak di pusat beli-belah. – UTUSAN