Penunggang motosikal samun wanita diberkas 

Penunggang motosikal samun wanita diberkas 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penunggang motosikal yang dipercayai cuba menyamun wanita yang cedera dipukul dengan kayu di hadapan sekolah di Persiaran Dutamas, di sini, ditahan polis petang semalam.

Lelaki berusia 32 tahun itu ditahan pada pukul 3.30 petang di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Aman, Jinjang Utara.

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, susulan penahanan itu, polis merampas motosikal digunakan suspek dalam kejadian.

“Semakan mendapati suspek memiliki dua rekod jenayah lampau. Polis kini sedang memburu rakan sejenayahnya yang masih bebas,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Media sebelum ini melaporkan wanita cedera dipukul dengan kayu oleh lelaki yang dipercayai cuba menyamunnya di hadapan sekolah di Persiaran Dutamas.

Kejadian itu tular dalam laman sosial selepas satu hantaran dibuat mangsa. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya