Penganggur dicekup proses, edar ketum

Penganggur dicekup proses, edar ketum

BAHARUDIN Abdullah (dua, dari kanan) menunjukkan antara bungkusan plastik dipercayai air ketum dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN: Cubaan seorang penganggur berjinak-jinak memproses dan mengedar ketum sejak sebulan lalu membawa padah apabila dia diberkas, semalam. 

Ketua Polis Daerah, Superintenden Baharudin Abdullah berkata, lelaki berusia 26 tahun itu ditahan di tepi jalan berhampiran Arena Square di sini kira-kira pukul 12.30 tengah malam. 

Katanya, susulan penahanan itu, polis menyerbu rumah sewa suspek yang dijadikan premis memproses ketum di Kampung Sura Tengah. 

“Hasil risikan mendapati suspek melakukan perniagaan secara dalam talian dan mengedar ketum di tepi jalan kepada pelanggan yang dikenali,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun, hari ini. 

Baharudin berkata, polis merampas sebanyak 14.2 kilogram daun dipercayai ketum, 289 liter cecair ketum yang dibungkus dalam 289 plastik, tiga milliliter kodin, wang berjumlah RM2,240 di samping beberapa peralatan pemprosesan yang bernilai lebih RM3,200. 

Katanya, jumlah ketum itu mampu menampung kira-kira 350 penagih dan bekalannya dipercayai diperolehi suspek dari utara tanah air. 

Menurutnya, suspek yang sudah berkahwin kini direman selama empat hari sehingga Isnin mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN