Penduduk usung warga emas keluar dari rumah terbakar

Penduduk usung warga emas keluar dari rumah terbakar

SEBUAH daripada enam rumah yang terbakar dalam kejadian di Kampung Dalam Rhu, Tumpat, Kelantan, hari ini. - IHSAN JBPM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Tindakan pantas penduduk kampung menyelamatkan seorang warga emas daripada terperangkap dalam kebakaran melibatkan enam rumah di Kampung Dalam Rhu, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.40 petang itu, mangsa, Safiah Daud, 80-an tidak mengalami kecederaan selepas diusung keluar oleh penduduk ketika api marak membakar rumahnya hingga .

Penghulu Mukim Kubur Datuk, Kampung Dalam Rhu, Rosli Mohd. Noor berkata, kejadian dipercayai bermula dari sebuah rumah sebelum api merebak ke lima rumah lain.

Menurutnya, ketika kejadian, penghuni lima rumah itu dikatakan sedang berehat manakala sebuah lagi rumah tidak berpenghuni.

“Kesemua mangsa kelam-kabut menyelamatkan diri semasa kebakaran sebelum ada antara mereka teringatkan keadaan Safiah yang tinggal seorang diri.

“Mereka bergegas masuk dan mengusung warga emas itu keluar dari rumahnya ketika api sedang marak. Alhamdulillah, Safiah sempat diselamatkan tanpa kecederaan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Zon Bomba Kota Bharu, Penguasa Bomba Suhaimi Mahmood berkata, seramai 21 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tumpat, BBP Pengkalan Kubor dan BBP Wakaf Bharu ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pukul 1.43 petang.

Semasa tiba di lokasi, katanya, api sedang marak membakar enam buah rumah namun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

“Api marak dengan cepat disebabkan cuaca panas dan berangin selain kedudukan rumah penduduk agak rapat antara satu sama lain.

“Kebakaran enam buah rumah itudikawal sepenuhnya pada pukul 2.11 petang. Punca kebakaran dan kerugian masih dalam siasatan,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN