Pegawai kanan bomba cedera, isteri dan anak parah kemalangan

Pegawai kanan bomba cedera, isteri dan anak parah kemalangan

ANGGOTA bomba memberi rawatan awal kepada dua kanak-kanak yang terlibat kemalangan kereta dipandu bapa mereka di Taman Chepor Impian di Ipoh hari ini. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Seorang pegawai kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak mengalami kecederaan kaki kiri setelah kereta dipandunya melanggar belakang sebuah lori sampah di Taman Chepor Impian, di sini hari ini

Dalam nahas tersebut, isteri pegawai yang bertugas di Bahagian Keselamatan Kebakaran (BKK) JBPM Perak dan anak bongsu mereka cedera parah manakala dua anak lagi patah kaki.

Katanya, setibanya jentera di lokasi, didapati kemalangan melibatkan sebuah kereta Proton Persona yang melanggar belakang lori sampah yang di parkir di tepi jalan.

“Anggota segera mengeluarkan mangsa dan memberi rawatan awal. Mangsa diserahkan kepada pihak ambulans untuk tindakan lanjut. Kesemua mereka kini berada di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB),” katanya. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN