KUALA LUMPUR: Di sebalik desakan pelbagai pihak untuk menyahktifkan aplikasi kontroversi MySejahtera susulan kebimbangan kebocoran data kira-kira 38 juta pengguna, sebahagian fungsi di dalam aplikasi itu seperti daftar masuk premis boleh dimansuhkan bagi mengelak data peribadi pengguna jatuh ke pihak tidak bertanggungjawab. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Setiausaha Kehormat, Akademi Perubatan Pekerjaan dan Persekitaran Malaysia, Prof. Madya Dr. Marzuki Isahak berkata, ini kerana fungsi daftar masuk MySejahtera ke premis-premis sudah tidak…