Mosti bangunkan platform perkongsian data mentah penyelidikan

Mosti bangunkan platform perkongsian data mentah penyelidikan

ADHAM Baba (tengah) menyampaikan sumbangan kepada kanak-kanak sempena majlis Minggu Sains Negara Keluarga Malaysia 2022 dan Ihya Ramadan Tenggara di di Dewan Seri Kembaran, Bandar Tenggara, Kota Tinggi, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (Mosti) menerusi Akademi Sains Malaysia (ASM) sedang dalam usaha menyediakan sebuah platform perkongsian data mentah penyelidikan yang sejajar dengan Dasar Perkongsian Data Sektor Awam. 

Menterinya, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, data mentah penyelidikan yang dihimpunkan oleh ASM menerusi Platform Sains Terbuka Malaysia (MOSP) boleh menjadi salah satu kluster di bawah data sektor awam negara.

Katanya, menerusi inisiatif tersebut, penyelidik dapat melakukan kerja-kerja penyelidikan dengan terangkum dan dianggarkan kerajaan dapat melakukan penjimatan kos kerja-kerja penyelidikan sekurang-kurangnya RM500 juta setahun.

“Platform yang kini sedang dalam pembangunan akan menghubungkan lima universiti penyelidikan negara di bawah projek rintis MOSP yang akan menjadi pintu gerbang kepada data mentah penyelidikan dan merupakan aset berharga negara.

“MOSP sehingga kini berjaya melatih lebih 200 orang penyelia data (data steward) di peringkat nasional. Latihan Pengawasan Data untuk Sains Terbuka ini berjaya meningkatkan kemahiran pustakawan dan penyelidik daripada pelbagai IPT dan institut penyelidikan negara.

“MOSP juga telah mencatat lebih 2 juta capaian untuk program kesedaran Sains Terbuka di peringkat nasional dan antarabangsa. Selain itu, platform ini turut giat bekerjasama dengan organisasi dan platform Sains Terbuka antarabangsa dan menjadi ahli dalam inisiatif global seperti Global Open Science Cloud (GOSC),” katanya pada majlis Minggu Sains Negara Keluarga Malaysia 2022 dan Ihya Ramadan di sini, semalam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya