Kebaikan Ramadan

MILO tawar hadiah 36 van vintaj jongkong emas 

Sebanyak 36 set Van MILO vintaj Jongkong Emas Tulen ditawarkan dalam Peraduan MILO@Raikan Kebaikan Ramadan berakhir 30 April ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Para penggemar minuman malt coklat, MILO berpeluang memenangi hadiah utama set Van MILO vintaj Jongkong Emas Tulen apabila menyertai peraduan MILO@Raikan Kebaikan Ramadan mulai 30 Mac hingga 30 April ini.

Pegawai Eksekutif Perniagaan -MILO, Nestle (Malaysia) Berhad, Ng Su Yen berkata, sebanyak 36 pemenang bertuah akan dipilih dan bakal membawa pulang jongkong berkenaan yang bernilai RM11,000.  

Katanya, rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas layak menyertai peraduan itu yang hanya memerlukan resit rasmi sebagai bukti pembelian daripada peruncit yang mengambil bahagian sama ada di pasar mini, pasar raya termasuk platform e-dagang seperti Lazada dan Shopee.

“Pengguna boleh membeli mana-mana produk MILO iaitu MILO 3-in01, MILO less sugar, MILO Stik Pek, MILO with Whole Grain Cereal dan MILO Tin 1.5 kilogram untuk menyertainya. Tiada had ke atas penyertaan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Su Yen menambah, pemenang akan dipilih setiap minggu di mana sejumlah 27,000 peserta berpeluang memenangi hadiah bonus mingguan Pin Tambah Nilai Touch ‘n Go bernilai RM5.

Hadiah saguhati mingguan pula adalah satu set koleksi Van MILO vintaj edisi terhad yang bakal menjadi rebutan 1,800 peserta setiap minggu.

“Setiap pembelian minimum RM15 mana-mana produk MILO terpilih dalam satu resit layak menyertai peraduan ini. Penyertaan hendaklah dihantar secara dalam talian di https://www.milo.com.my/raikankebaikanramadan,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN