Mesyuarat Khas Dewan Negara esok batal

Mesyuarat Khas Dewan Negara esok batal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Mesyuarat Khas bagi Dewan Negara yang dijadual esok dibatalkan susulan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan Persekutan (Pindaan) (No.3) 2022 akan dikaji semula melalui sebuah Jawatankuasa Pilihan Khas Dewan Rakyat.

Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Dewan Negara, Muhd Sujairi Abdullah dalam satu kenyataan rasmi yang mana pihaknya telah menerima pemakluman mengenai perkara itu daripada Perdana Menteri yang juga Ketua Majlis.

Terdahulu, seramai 59 ahli parlimen membahaskan Pindaan RUU Akta Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 dalam Mesyuarat Khas di Dewan Rakyat hari ini.

Namun, tiada undian dibuat hari ini kerana pindaan RUU berkenaan akan diteliti dalam sebuah Jawatankuasa yang akan ditubuhkan kelak. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN