Mayat anggota polis rentung dengan kesan tembakan di kepala

Mayat anggota polis rentung dengan kesan tembakan di kepala

MAYAT mangsa ditemukan rentung dalam sebuah bilik yang terkunci di Taman King Fook, Jalan Utara, Tawau semalam.-IHSAN BOMBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAWAU: Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal ditemukan rentung di dalam sebuah bilik di Taman King Fook, Jalan Utara semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.35 pagi itu, mangsa yang dikenali sebagai Yogeswaran A/L Supiah,35, rentung hampir keseluruhan anggota badan apabila bilik kediamannya terbakar sepenuhnya dalam kejadian itu.

Difahamkan terdapat kesan tembakan pada kepala mangsa dan semasa ditemukan mayat mangsa dalam keadaan terbaring bersama senjata miliknya yang digunakan bagi tujuan penugasan.

Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Jasmin Hussin ketika dihubungi mengesahkan penemuan mayat anggota polis tersebut.

Walau bagaimanapun, beliau enggan mengulas mengenai kesan tembakan yang dipercayai dialami mangsa.

“Itu masih dalam siasatan kerana bedah siasat pun belum lagi dibuat. Pada masa ini, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya.

Beliau berkata, mayat mangsa berada dalam sebuah bilik dengan pintu yang terkunci dan pihaknya terpaksa mendapatkan bantuan anggota bomba bagi membuka pintu.

Berdasarkan siasatan awal mendapati tiada unsur khianat dalam kes berkenaan.

Jasmin berkata, sekarang mayat mangsa sudah dibawa ke Hospital Tawau untuk bedah siasat.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN