Mapim persoal tindakan tahan Rohingya di depoh terlalu lama

Mapim persoal tindakan tahan Rohingya di depoh terlalu lama

MOHD. AZMI ABDUL HAMID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Tindakan kerajaan menahan pendatang asing etnik Rohingya dipersoal jika tiada perancangan untuk menghantar mereka semula ke negara asal.

Hal demikian menyebabkan sebilangan tahanan dikatakan berada dalam depoh Jabatan Imigresen (Imigresen) terlalu lama sehingga sebahagian mereka memberontak dengan meloloskan diri.

Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd. Azmi Abdul Hamid berkata, lebih malang apabila golongan kanak-kanak dan wanita dipaksa berada dalam tahanan yang sangat tidak kondusif untuk hidup walaupun untuk keperluan asas.

“Kami merakamkan simpati kepada ahli keluarga mereka dan mengharapkan keadilan sewajarnya diberi kepada mereka. Bukan sahaja siasatan kenapa rusuhan berlaku perlu dijalankan ,  akan tetapi layanan di depot tahanan itu sendiri perlu diperiksa dengan teliti.

“Kami merakamkan takziah kepada ahli keluarga enam warga Rohingya yang maut dalam kemalangan jalan raya setelah lari dari depoh tahanan di Sungai Bakap, Pulau Pinang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu Utusan Malaysia melaporkan Seramai enam orang etnik Rohingya maut dalam kemalangan ketika cuba menyeberangi Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan di Kilometer 165 berhampiran Jawi, dekat sini kira-kira pukul 6.50 pagi pada Rabu lalu.

Mereka yang terbunuh ialah dua lelaki dewasa, dua wanita serta masing-masing seorang kanak-kanak lelaki dan perempuan.

Dalam pada itu, Mohd. Azmi menggesa kerajaan segera menyelesaikan masalah tahanan Rohingya di depoh sama ada menghantar pulang ataupun sebaliknya.

Menurutnya, ibu dan kanak-kanak Rohingya tidak berdokumen tidak sepatutnya berada di dalam tahanan. 

“Kami juga mempersoalkan kenapa mereka ditahan begitu lama jika pihak berkuasa tidak ada rancangan untuk mereka dihantar pulang.

“Tidak munasabah sebahagian mereka yang sudah ada kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHCR) dan yang tiada dokumen yang ditahan sedemikian lama tanpa akses kepada proses perundangan,” tegasnya.

Sebelum ini 528 tahanan etnik Rohingya dilapor melarikan diri dari Depoh Tahanan Sementara  Imigresen di Sungai Bakap pada dua hari lalu.

Dalam kejadian pukul 4.30 pagi itu, kesemua tahanan berkenaan didapati memecahkan pintu blok dan besi penghadang sebelum melarikan diri.-UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya