Lukisan haiwan hanya jenaka demokrasi - Rais - Utusan Malaysia

Lukisan haiwan hanya jenaka demokrasi – Rais

parlimen haiwan
PUAD Zarkashi akan membeli lukisan Parlimen dipenuhi katak dan monyet jika dilelong Sultan Selangor pada satu hari nanti.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Rais Yatim menyifatkan sebuah lakaran seni yang mengetengahkan idea perhimpunan bukan manusia hanya sebagai satu jenaka kepada sistem demokrasi.

Sehubungan itu, beliau berkata, orang ramai tidak perlu membuat tafsiran yang beremosi kerana hasil seni yang diketengahkan oleh pelukisnya itu sudah tentu mempunyai tafsiran pelbagai yang perlu diterima semua pihak.

RAIS YATIM

“Jadi itu ada beberapa cabang yang boleh diinterpretasi oleh pihak tertentu dan tak semesti dapat cemuhan dan teguran negatif.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sebab dalam ekspresi manusia, terdapat naluri yang mengandungi idea secara lumrah, secara representatif kepada makhluk tidak manusia, dan dalam satu konteks itu didapati bahawa lukisan itu boleh merupakan satu jenaka kepada demokrasi.

“Jenaka dalam erti bahawa kadangkala ramai manusia menggunakan demokrasi itu seolah-olah macam beruk dan interpretasi itu pernah berlaku di negara kita di mana beberapa orang Ahli Parlimen menjerit menggunakan suara kasar dan menggunakan perkataan yang lucah, serta videonya masih ada disimpan di Parlimen.

“Jadi dengan itu, barangkali lukisan tersebut dibeli oleh baginda (Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah) untuk menghiburkan atau menghumurkan keadaan berhubung dengan Parlimen,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, semalam.

Karya lukisan

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai karya lukisan yang memaparkan Dewan Rakyat dipenuhi haiwan yang dibeli Sultan Selangor.

Karya itu hanya menampilkan tiga wajah manusia iaitu yang seakan-akan Yang Dipertua Dewan Rakyat bersama dua petugas Parlimen, sementara semua tempat duduk dalam dewan diisi dengan haiwan-haiwan seperti katak, monyet, beruk dan gorila.

Rais berkata, karya yang dilihat itu juga sebenarnya pernah dilukis di Eropah, maka ia bukanlah satu-satunya lukisan yang dibuat semata-mata di rantau Timur.

Justeru, beliau berkata, orang ramai tidak perlu membuat sebarang cemuhan atau tafsiran negatif.

“Sebaliknya menganggap itu hanya sebagai salah satu usaha Sultan Selangor mengumpulkan humor untuk memperingatkan kita jangan dipermainkan Parlimen itu yang mungkin jatuh pada taraf Parlimen beruk.

“Jadi itu bukan sesuatu yang seharusnya dicemuh atau digunakan sebagai medan untuk mengenakan kritikan, tetapi ambil sebagai pemilikan benda seni yang sesuai oleh pihak tertentu. Saya kalau ada duit pun saya nak beli satu, tetapi lukisan itu tentu mahal,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×