Latihan selamat  mangsa nahas helikopter pada 4 dan 9 April - Utusan Malaysia

Latihan selamat  mangsa nahas helikopter pada 4 dan 9 April

TLDM akan mengadakan latihan selamat mangsa nahas helikopter di sekitar Manjung pada 4 dan 9 April ini. - Gambar hiasan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUMUT: Orang ramai diminta tidak panik melihat helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM)  berlegar dan terbang rendah di sekitar bandar Seri Manjung dekat sini pada Isnin ini dan Sabtu depan.

Ini kerana TLDM akan melakukan latihan dan demonstrasi menyelamatkan mangsa nahas helikopter terhempas dalam tempoh dua hari tersebut.

Bahagian Komunikasi Strategik, Markas Pemerintahan Armada Barat TLDM Lumut berkata, latihan tersebut melibatkan aset-aset udara seperti Super Lynx MK 100 dan AS 555 SN Fennec.

“Latihan dan demonstrasi ini bersempena Program Minggu Keselamatan Penerbangan anjuran Cawangan Udara TLDM (CUT) dengan kerjasama Institut Kemahiran Mara (IKM) Lumut yang  akan diadakan di padang bola IKM Lumut.

“Program ini salah satu acara sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-88 yang pada 27 April nanti,” kata TLDM dalam kenyataan hari ini.

 Kenyataan tersebut turut memaklumkan, semua pesawat   akan melakukan  penerbangan taktikal secara rendah khususnya di sekitar kawasan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung,  Tenaga Nasional Berhad (TNB) Seri Manjung, Balai Bomba dan Penyelamat Seri Manjung, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Cawangan Seri Manjung, Mahkamah Majistret Seri Manjung dan Stadium Majlis Perbandaran Manjung.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN