fbpx

26 Jun 2022, 11:05 am

  TERKINI

Larangan jual vape tidak adil untuk industri

vape
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysian Vape Industry Advocacy (MVIA).tidak setuju dengan cadangan kerajaan untuk melaksanakan larangan penjualan vape berikutan pembentangan draf akhir Rang Undang-Undang (RUU) larangan merokok dan milikan produk merokok termasuk rokok elektronik.

Presidennya, Rizani Zakaria berkata, RUU yang bakal dibentangkan di Parlimen pada Julai itu adalah tidak adil untuk industri vape tempatan kerana vape dan rokok adalah dua produk yang berbeza dan tidak patut dikenakan dengan peraturan sama.

“Di peringkat antarabangsa, pelbagai kajian menunjukkan kedua-dua produk adalah berbeza. Malah, produk vape terbukti memberikan kurang mudarat berbanding rokok tembakau dan membantu perokok berhenti merokok,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Menurutnya, walaupun bukti-bukti tersebut dibangkitkan pelbagai pihak, Kementerian Kesihatan masih bertegas dan enggan untuk melihat sains dan fakta yang dikeluarkan di peringkat antarabangsa.

“MVIA cadangkan kementerian dan kerajaan mendapatkan pandangan dan bukti daripada pakar perubatan awam dari luar negara seperti United Kingdom, New Zealand, Kanada dan bukannya memilih untuk mendengar pendapat daripada pihak antiindustri vape sahaja,” jelasnya. 

Katanya lagi, peraturan industri vape tertangguh sejak 2015 begitu juga dengan cukai dan peraturan bagi vape yang sepatutnya dikuatkuasakan pada Januari lalu.

“Namun, sehingga kini masih tiada tindakan yang diambil. Kementerian Kesihatan tidak mengeluarkan sebarang garis panduan untuk industri bersiap sedia dengan peraturan dan tidak menjalankan sesi konsultasi yang telus dengan pihak industri.

“Sebelum ini, pihak industri memberikan pandangan cukai yang diumumkan tersebut adalah agak tinggi dan memohon kerajaan mengkaji semula kadar cukai tersebut yang mana ia akan membuatkan produk vape meningkat sekali gus memberikan kesan kepada industri,” jelasnya. –UTUSAN

 

POPULAR

KOSMO! TERKINI