KKM nafi peraku produk laman Facebook Myspringshop-US

Kementerian Kesihatan nafi peraku produk laman Facebook Myspringshop-US

Kementerian Kesihatan menafikan bahawa kementerian itu pernah memperakukan mana-mana produk atau makanan yang boleh menggantikan ubat-ubatan termasuk insulin untuk merawat Diabetes dan mengawal gula dalam darah seperti didakwa laman Facebook Myspringshop-US.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan menafikan bahawa kementerian itu pernah memperakukan mana-mana produk atau makanan yang boleh menggantikan ubat-ubatan termasuk insulin untuk merawat Diabetes dan mengawal gula dalam darah seperti didakwa laman Facebook Myspringshop-US. 

Menurut Kementerian Kesihatan, gambar yang digunakan merupakan gambar yang sudah diubah suai daripada gambar asal.

“Kementerian Kesihatan menyeru agar masyarakat tidak mudah terpedaya dan terpengaruh dengan kenyataan yang tidak diketahui kesahihannya.

“Kementerian juga sekali lagi ingin menegaskan kepada para pengusaha atau pemilik produk untuk lebih bertanggungjawab dan tidak mengambil serta mengelirukan orang ramai,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, semalam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN