Khemah bazar Ramadan rosak dilanda ribut

Khemah bazar Ramadan rosak dilanda ribut

KHEMAH bazar Ramadan yang rosak dilanda ribut di Bandar Utama di Segamat, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEGAMAT: Sebanyak 12 khemah di Bazar Ramadan Bandar Utama, di sini rosak selepas tapak perniagaan tersebut dilanda ribut, petang semalam. 

Kejadian itu menyebabkan beberapa khemah diterbangkan angin manakala kaki khemah patah dan menyembah bumi.

Kira-kira 24 peniaga turut terjejas, namun mereka bernasib baik kerana belum ada peralatan peniagaan seperti meja dan kerusi yang ditinggalkan di situ.

Bazar yang terletak di Bandar Segamat itu menempatkan 112 khemah, membabitkan lebih 150 orang peniaga yang menjual pelbagai jenis juadah berbuka puasa sepanjang Ramadan bermula Ahad ini.

Peniaga kuih, Ramlah Abd. Rahman, 49, berkata, kejadian ribut diikuti hujan renyai dan angin kencang itu berlaku kira-kira pukul 3.30 petang.

“Sepanjang saya berniaga di bazar Ramadan di sini sejak lebih 10 tahun, ini kali pertama gerai kami dilanda ribut menjelang Ramadan. Syukur tiada yang tercedera kerana kejadian berlaku ketika tiada peniaga kerana kami belum memulakan perniagaan.

“Biasanya kami mula membuat persiapan untuk beroperasi sehari sebelum hari pertama Ramadan. Saya tidak dapat bayangkan jika ia berlaku ketika orang ramai sedang membeli juadah berbuka,” katanya ketik ditemui di Bandar Utama hari ini.

Sementara itu, jurucakap Majlis Perbandaran Segamat (MPS) berkata, pihaknya akan membuka dan menggantikan khemah yang rosak dengan khemah baharu dalam masa terdekat, bagi membolehkan peniaga menjalankan aktiviti perniagaan seperti yang telah dirancang bermula 3 April ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN