Kempen Cabutan WOW! 25 Tahun PTPTN tawar hadiah hampir RM1 juta - Utusan Malaysia

Kempen Cabutan WOW! 25 Tahun PTPTN tawar hadiah hampir RM1 juta

WAN Saiful Wan Jan, Pengerusi PTPTN dan Encik Ahmad Dasuki Abdul Majid, Ketua Eksekutif PTPTN menyampaikan replika mock kad kepada pemenang utama Cabutan WOW! Simpan SSPN Plus 2021
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kempen Cabutan WOW! 25 Tahun Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menawarkan hadiah yang cukup menarik dan lumayan dengan jumlah keseluruhan bernilai hampir RM1 Juta menanti 350 orang pemenang.

Menurut PTPTN, kempen cabutan itu bukan hanya dikhaskan kepada pendeposit Simpan Skim Simpanan Pendidikan Nasiona (SSPN) Plus sahaja, namun buat pertama kalinya turut diperluaskan kepada pendeposit Simpan SSPN Prime. 

Kata PTPTN, ia merupakan tanda penghargaan agensi tersebut kepada semua pendeposit Simpan SSPN.

“Hadiah yang ditawarkan terdiri daripada tiga kategori iaitu Cabutan Tahunan Jubli Perak, Cabutan Khas Babyku Simpan dan Cabutan Siri. Hadiah utama Cabutan Tahunan Jubli Perak berupa kereta Mercedes-Benz A250 AMG Line. Hadiah kedua berupa wang tunai RM100,000. Hadiah ketiga berupa wang tunai RM50,000. 

“Hadiah saguhati berupa motosikal Honda Dash 125 menanti 22 pemenang. Hadiah Cabutan Khas Babyku Simpan berupa wang tunai RM250,000 menanti 250 pemenang. Manakala hadiah Cabutan Siri pula berupa wang tunai hampir RM200,000 menanti 75 pemenang.

“Tempoh promosi bermula 1 Januari hingga 31 Disember 2022 bagi Cabutan Tahunan Jubli Perak dan Cabutan Khas Babyku Simpan serta 1 April hingga 31 Disember 2022 bagi Cabutan Siri. 

“Untuk menyertai kempen ini, pendeposit hanya perlu membuat simpanan bersih serendah RM50.00 dalam tempoh promosi untuk melayakkan mendapat cabutan. Lagi banyak menyimpan, lagi banyak peluang untuk menang,” kata kenyataan itu, hari ini. 

Kempen Cabutan WOW! 25 Tahun PTPTN dilancarkan hari ini yang disempurnakan Pengerusinya, Datuk Wan Saiful Wan Jan di Menara PTPTN.

Dalam satu kenyataan sama, Wan Saiful berkata, usaha murni PTPTN dalam memupuk budaya penabungan di negara ini telah bermula pada tahun 2004 dengan pelancaran produk simpanan Simpan SSPN. 

“Kini, menginjak hampir dua dekad di pasaran, produk ini terus berada di landasan kukuh sebagai produk simpanan yang berdaya saing dan setanding dengan produk simpanan lain di pasaran,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya