Karikatur monyet: Fahmi Reza ditahan - Utusan Malaysia

Karikatur monyet: Fahmi Reza ditahan

FAHMI REZA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis menahan aktivis, Fahmi Reza bagi membantu siasatan berkaitan hantaran karikatur monyet berpakaian seragam istana yang dimuat naik dalam laman Facebook miliknya, semalam.

Penahanan tersebut selepas aktivis tersebut dipanggil polis hari ini di Ibu pejabat Polis Bukit Aman.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd. Jalil Hassan berkata, pihaknya membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 kerana kecederungan menghasut dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

Katanya, pihak polis akan mendapatkan perintah reman esok di mahkamah.

“Hantaran itu mendapat 12,000 maklum balas, 3,400 komen dan 966 perkongsian sejak dimuat naik dan mengundang kemarahan warganet yang menyifatkan tindakan itu sebagai keterlaluan.

“Siasatan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Pendakwaan/Undang-undang (D5), JSJ, Bukit Aman mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 kerana kecenderungan menghasut dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Abd. Jalil berkata, siasatan masih diteruskan dan polis menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan.

Jelas beliau, polis turut menasihatkan orang ramai supaya cakna dan prihatin terhadap isu-isu yang menyentuh institusi Diraja serta sensitiviti agama dan kaum.

“Orang ramai digesa menjadi pengguna media sosial yang bijak, berhemah dan tidak menggunakan platform terbabit sehingga boleh mendatangkan kegentaran awam serta menggugat keharmonian negara.

“Tindakan tegas tanpa kompromi bakal diambil terhadap mana-mana individu yang sengaja menggugat ketenteraman serta keselamatan awam,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya