Kanak-kanak dua tahun ditemukan rentung - Utusan Malaysia

Kanak-kanak dua tahun ditemukan rentung

KEBAKARAN yang berlaku di Kampung Sabah Baru, Lahad Datu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LAHAD DATU: Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun ditemukan rentung dalam kebakaran yang memusnahkan 30 buah rumah atas air di Kampung Sabah Baru, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.50 pagi itu, mangsa, Nurul Alisha Putri Abdullah ditemukan rentung apabila rumah diduduki terbakar sepenuhnya dalam kejadian tersebut.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah, Sumsoa Rashid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.52 pagi dan sepasukan anggota dikerahkan ke lokasi kejadian yang terletak pada jarak lapan kilometer daripada balai.

Sebaik sahaja tiba di lokasi, kira-kira 30 buah rumah musnah sepenuhnya dalam kebakaran di perkampungan atas air tersebut.

Pemeriksaan lanjut di lokasi mendapati terdapat seorang mayat kanak-kanak ditemukan rentung.

Mayat mangsa diserahkan kepada pasukan polis untuk tindakan lanjut.

Operasi pemadaman kebakaran terkawal pada pukul 10.55 pagi dan tamat sepenuhnya pada pukul 1.15 petang tadi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya