Jual tanah lapangan terbang: SPRM rakam percakapan minggu ini

Jual tanah lapangan terbang: SPRM mula panggil, rakam percakapan minggu ini

MOHD. FAUZI MOHAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perak akan memanggil  dan merakam percakapan beberapa individu berhubung penjualan tanah pembinaan lapangan terbang antarabangsa Seri Iskandar di Perak Tengah bermula minggu ini. 

Pengarah SPRM Perak, Datuk Mohd. Fauzi Mohamad berkata, pihaknya telah mendapatkan beberapa dokumen berkaitan isu penjualan tanah tersebut. 

Menurut Mohd. Fauzi, SPRM turut akan memanggil beberapa ahli lembaga mesyuarat melibatkan beberapa jabatan berkaitan bagi merakam serta membantu siasatan. 

“SPRM akan mula memanggil dan merakam percakapan saksi terbabit khususnya membabitkan ahli lembaga mesyuarat jabatan berkaitan yang sudah bersidang.

“Ia berdasarkan minit mesyuarat berkenaan bagi mendapatkan penjelasan masing-masing berhubung isu tanah yang dipertikaikan,” katanya ketika dihubungi kepada pemberita hari ini. 

Mengenai jumlah individu dan jabatan terlibat yang akan dipanggil dalam siasatan berkenaan, Mohd Fauzi enggan mendedahkannya. 

Penjualan tanah lapangan terbang antarabangsa Seri Iskandar menjadi perhatian selepas Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad mengeluarkan kenyataan tanah tersebut telah dijual semasa zaman Pakatan Harapan (PH). 

PH menafikan dakwaan berkenaan dan empat bekas Exco kerajaan Perak sewaktu pentadbirannya tampil meminta SPRM membuat siasatan berhubung isu penjualan tanah untuk tapak cadangan pembinaan lapangan terbang antarabangsa di Seri Iskandar. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN