Fahmi Reza direman sehari - Utusan Malaysia

Fahmi Reza direman sehari

FAHMI REZA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Mahkamah membenarkan reman selama sehari terhadap pereka grafik dan aktivis, Fahmi Reza bagi membantu siasatan berhubung hantaran karikatur monyet berpakaian seragam istana berwarna kuning yang dimuat naik di Facebooknya kelmarin.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, mahkamah hanya membenarkan suspek direman sehari.

Media malam tadi melaporkan suspek ditahan di Dang Wangi dan polis akan memohon perintah reman di mahkamah pagi ini.

Abd Jalil dalam kenyataan semalam berkata, hantaran itu mendapat 12,000 maklum balas, 3,400 komen dan 966 perkongsian sejak dimuat naik dan mengundang kemarahan warganet yang menyifatkan tindakan itu sebagai keterlaluan.

Justeru, siasatan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Pendakwaan/Undang-undang (D5), Bukit Aman.

Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 4(1) akta hasutan 1948 kerana kecenderungan menghasut dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN