CUCKOO Titan pilihan utama Lee Minho - Utusan Malaysia

CUCKOO Titan pilihan utama Lee Minho

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADA Mac lalu, jenama Pencipta Rumah Sihat untuk rakyat Malaysia, CUCKOO mencuri tumpuan ramai apabila Dato’ Sri Siti Nurhaliza dan pelakon popular Korea Selatan, Lee Minho dilantik menjadi duta baharu CUCKOO.

Pelantikan kedua-dua duta hebat itu selari dengan pelancaran siri penyelesaian inovatif CUCKOO termasuk penapis air premium dan rangkaian penyaman udaranya yang pertama.

Dalam perkembangan terbaharu, CUCKOO tampil memperkenalkan penapis air beralkali ringan dan bebas tangki, CUCKOO TITAN yang menjadi pilihan utama Oppa Lee Minho.


Rekaan elegan dan memukau

Penapis air CUCKOO TITAN didatangkan dengan rekaan langsing dan kompak seberat 11 kilogram, menjadikan ia tampak elegan serta mudah dimuatkan di mana-mana ruangan tidak kira di rumah atau pejabat. 

Rekaan mengagumkan ini adalah hasil inovasi teknologi penapis air bebas tangki yang diyakini lebih efisien dalam menawarkan air minuman bersih, beralkali ringan dan berkualiti sekali gus memenuhi keperluan pengguna. 

Nikmati suhu air sehingga 100 darjah celcius!

 

Selain keupayaan menyediakan air minuman yang bersih dan berkualiti tinggi, penapis air baharu ini juga menawarkan pelbagai peringkat suhu termasuk air sejuk, suam dan panas. 

Untuk pilihan air panas, pengguna boleh memilih untuk menikmati air minuman dengan suhu antara 40 darjah celsius sehingga 100 darjah celsius serta merta. 

Dalam erti kata lain, pengguna tidak perlu runsing kehabisan bekalan air panas kerana penapis air ini mampu membekalkan air panas segera dengan suhu mencecah 100 darjah celsius pada setiap masa. 

Bukan itu sahaja, penggunaan CUCKOO TITAN juga dijamin selamat dengan hadirnya fungsi ‘Child Lock’.

Teknologi Pensterilan untuk membersihkan buah dan sayuran

Paling menarik, CUCKOO TITAN turut dilengkapi fungsi untuk menyediakan Air Pensterilan menerusi satu sentuhan. 

Menerusi Air Pensterilan, pengguna dapat menyingkirkan racun serangga dengan membasuh bahan memasak seperti buah-buahan, sayuran serta mampu membasmi sehingga 99.9 peratus* kuman. (*Diuji serta terbukti oleh Institut Persekitaran Dan Kerja Air Korea (KEWWI).)

Pensterilan “In & Out” automatik

Selain itu, ia turut dilengkapi Sistem Pensterilan Elektrolisis “In & Out” CUCKOO bagi memudahkan tugas pembersihan paip dan faucet pendispensan secara berkala.

CUCKOO TITAN turut disertakan Mod Smart Cup bagi memudahkan pengguna mengisi air mengikut isipadu gelas sekali gus mengelakkan air tumpah.

Penapis air ini turut didatangkan dengan faucet boleh laras bagi memudahkan anda mengisi atau menggunakan air dengan mudah dari mana-mana arah. 

Terdapat juga beberapa fungsi pintar lain seperti sistem navigasi suara, mod penjimatan tenaga, mod pencahayaan dan ciri keselamatan sentuhan yang tersembunyi bagi menghalang air daripada keluar sewaktu ia tidak digunakan. 

Promosi Pelancaran Khas, dapatkan sekarang!

Dengan segala kelebihan yang ada pada CUCKOO TITAN, tidak hairan jika penapis air ini menjadi pilihan utama Lee Minho dan rakyat Malaysia. 

Sempena pelancarannya, CUCKOO menawarkan promosi pelancaran khas CUCKOO TITAN pada harga RM110* sebulan beserta servis berkala percuma setiap empat bulan oleh Pasukan Servis CUCKOO+.

Untuk mengetahui lebih lanjut, layari laman web atau ikuti perkembangan terkini di laman Facebook rasmi CUCKOO. 

*Tertakluk terma dan syarat. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.