Bufet Ramadan konsep kampung di Royale Chulan - Utusan Malaysia

Bufet Ramadan konsep kampung di Royale Chulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Bufet Ramadan kembali memeriahkan bulan puasa tahun ini dengan konsep masakan kampung di semua rangkaian hotel Royale Chulan.

Menurut Pengurus Perhubungan Awam Kumpulan Royale Chulan, Dangsuria Zainurdin, perkembangan semasa negara yang kini memasuki fasa endemik telah membuka kembali peluang pihak hotel untuk menyambut tetamu sekali gus mengembalikan budaya meriah berbuka puasa di hotel.

“Bukan sekadar berbuka, tetamu hotel turut boleh menunaikan ibadat solat tarawih berjemaah di ruang solat yang luas dan bersih di hotel kami,” katanya dalam satu kenyataan.

Pelbagai jenis sajian seperti sambal tumis udang, daging salai masak lemak cili padi, sup tulang rawan, udang nestum mentega, kambing golek, ayam panggang mutiara, nasi briyani, ikan bawal goreng air asam, serawa durian antara yang disediakan.

Sambil menjamu selera, tetamu akan turut dihiburkan dengan alunan muzik ghazal.

Menu penuh dan membuat tempahan boleh dibuat menerusi talian berikut:

Kuala Lumpur 03 2688 9688 @royalechulankl
Damansara 03 7959 9000 @royalechulandamansara
The Curve 03 7843 1111 @royalechulanthecurve
Seremban 016 920 9934 @royalechulanseremban
Penang 04 259 8888 (sambungan 8910) @royalechulanpenang
Cherating Villas & Chalets 016 205 0902/09 581 9000 @royalechulancheratingvillas
@royalechulancheratingchalets

 

UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN