Aktiviti haram: 7 termasuk ahli perniagaan, isteri dihadap ke mahkamah

Aktiviti haram: 7 termasuk ahli perniagaan, isteri dihadap ke mahkamah

CHUNG Chee Yang (baju kuning) bersama Tan Kah Hock (baju biru, belakang) dan Ng Min Lin (baju hitam, belakang) hadir ke Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor bagi menghadapi pertuduhan menggunakan hasil daripada aktiviti haram. - UTUSAN/ZULFADHLI ZAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Tujuh termasuk tiga warga emas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan terlibat memiliki hasil daripada aktiviti haram bersama salah seorang ahli perniagaan yang sebelum ini terbabit dalam kejadian pukul dua pengawal keselamatan, April tahun lalu.

Bagaimanapun, mereka termasuk ahli perniagaan terbabit, Chung Chee Yang mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Helina Sulaiman.

Berdasarkan pertuduhan, isteri Chee Yang, Lim Lee Cheng, 40, dan Ng Min Lin, 43, didakwa memiliki kereta Bentley Flying Spur sementara ibunya, Tan Kwee Eng, 65, pula memiliki kereta Bentley Continental GT yang mana kesalahan itu dilakukan di Bandar Sunway, Subang Jaya.

Selain itu, Chee Yang bersama isterinya itu didakwa menggunakan sebuah premis sebagai lokasi aktiviti haram iaitu menjalankan mesin judi.

Tiga lagi tertuduh didakwa melakukan kesalahan tersebut di Bandar Bukit Tinggi, Klang iaitu Tan Kah Hock yang memiliki kereta jenis BMW X5 XDRIVE 4E serta dua warga emas iaitu Khor Beng Sin, 68, (Toyota Alphard) dan Lay Yee Peng, 73, (Honda Accord).

Kesemua kesalahan tersebut didakwai dilakukan pada 16 April 2021 dan dituduh di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA).

Sabit kesalahan, kesemua tertuduh boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama iaitu penjara sehingga 15 tahun dan denda lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram atau RM5 juta, mengikut yang mana lebih tinggi.

Pendakwaan yang dikendalikan Harris Ong Jeffery Ong kemudian menawarkan jaminan RM100,000 kepada Chee Yang, 44, dan RM50,000 bagi tertuduh yang lain berserta syarat tambahan iaitu melapor diri ke balai polis berhampiran dan menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Namun, peguam Aidil Akmal Sharidan, Izzat Dzulkafli dan Ahmad Faiz Munawar yang mewakili kesemua tertuduh memohon jumlah jaminan dikurangkan berdasarkan faktor usia, tanggungan ibu bapa dan pekerjaan anak guamnya.

Helina kemudian menetapkan setiap tertuduh dibenarkan diikat jamin sebanyak RM20,000 dengan seorang penjamin dan mengarahkan mereka memenuhi syarat tambahan tersebut sebelum memutuskan sebutan semula kes pada 31 Mei ini.

Chee Yang sebelum ini didakwa di Mahkamah Majistret Klang atas lima pertuduhan kerana memukul pengawal peribadinya dan mengeluarkan kata-kata menghina Islam.

Turut dituduh adalah pembantu peribadinya, Choo Hin Voon yang juga didakwa mencederakan individu sama. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya