Aidilfitri: 327 balai bomba siap sedia

Aidilfitri: 327 balai bomba siap sedia

ISMAIL Abd Muttalib (tengah) melepaskan 'Flag Off' Ops Raya Bomba 2022 di IOI City Mall, Putrajaya. - UTUSAN/ FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Sebanyak 327 balai Bomba dan Penyelamat di seluruh negara sudah bersiap sedia bagi berdepan sebarang kemungkinan kemalangan sepanjang musim perayaan ini. 

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Ismail Abdul Muttalib berkata, kesemua balai itu sudah dipersiap dengan anggota mencukupi, jentera dan segala kelengkapan menyelamat dan memadam. 

Beliau berkata, pihaknya memahami keterujaan Keluarga Malaysia untuk pulang beraya di kampung halaman tahun ini selepas dua tahun tidak dapat berbuat demikian. 

“Namun keadaan ini pastinya menjadi kebimbangan buat kita semua kerana sudah pasti jumlah kenderaan di jalan raya pada tahun ini meningkat dengan mendadak. 

“PLUS sebelum ini memaklumkan, trafik harian boleh mencecah dua juta kenderaan sehari antara 29 April hingga 9 Mei ini dan hal ini sudah pasti akan meningkatkan risiko berlakunya kemalangan,” katanya pada Majlis Perasmian Kempen Keselamatan Musim Perayaan Keluarga Malaysia Tahun 2022, hari ini. 

Katanya, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) juga sudah bersedia dengan 11,000 pegawai dan anggotanya sepanjang musim perayaan ini. 

Dalam pada itu, Ismail mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati ketika melakukan aktiviti riadah di kawasan rekreasi air khususnya sepanjang musim perayaan ini. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN