kes ICU turun

68 daripada 12,017 kes positif kategori 3 ke atas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia semalam mencatatkan semula peningkatan kes positif Covid-19 apabila merekodkan sebanyak 12,017 kes berbanding kelmarin, 10,002 kes sekali gus diatasi 20,431 kes sembuh. 

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pesakit Covid-19 yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) semalam turut merekodkan penurunan kepada 234 kes berbanding kelmarin, 236 kes.

Katanya, jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan juga merekodkan penurunan kepada 131 kes berbanding kelmarin, 140 kes.

“Bagi kluster Covid-19 pula,  satu kluster baharu direkodkan berbanding kelmarin, sifar kes sekali gus kluster terkumpul sejak pandemik melanda negara kekal 6,941 kluster. 

“Kluster aktif Covid-19 menurun kepada 163 kluster berbanding kelmarin, 173 kluster manakala jumlah kluster yang telah tamat sebanyak 6,778 kluster,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Noor Hisham berkata, sebanyak 68 kes daripada 12,017 kes positif Covid-19 hari ini, adalah kategori tiga, empat dan lima.

Katanya, baki kes harian, 11,949 kes adalah terdiri daripada kategori satu dan dua. 

“Bagi 68 kes kategori tiga, empat dan lima, 15 kes (22.06 peratus) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi; 29 kes (42.65 peratus) telah menerima dua dos vaksin Covid-19 tetapi belum menerima dos penggalak dan 24 kes (35.29 peratus) telah menerima dos penggalak.

“Selain itu, 38 kes (55.88 peratus) berumur 60 tahun dan ke atas dan 40 kes (58.82 peratus) mempunyai komorbid,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan kematian, kes yang dilaporkan meningkat dengan jumlah sebanyak 33 kes berbanding semalam, 28 kes.

Rekod terbabit adalah setakat pukul 10 pagi, hari ini berdasarkan maklumat dikemas kini melalui laman web, https://covidnow.moh.gov.my menjadikan keseluruhan kes terkini sebanyak 35,160 kes.

Bagi kes kematian yang dibawa ke hospital (BID), sebanyak 10 daripada 33 kes direkodkan yang menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 7,425 kes. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN