281 jeti haram digempur, 3,724 diberkas - Utusan Malaysia

281 jeti haram digempur, 3,724 diberkas

AYOB KHAN MYDIN PITCHAY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sebanyak 281  jeti haram dan lokasi-lokasi aktif yang dijadikan sarang penagihan dadah digempur Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 18 Mac sehingga 20 April di seluruh negara. 

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata,  dalam tempoh tersebut dan  menerusi Op Tapis Khas siri 3 telah melakukan pemeriksaan terhadap 3,724 individu.

Menurut beliau, daripada jumlah itu, mereka yang diperiksa membabitkan 3,574 lelaki dan 150

wanita dengan semua yang ditahan berusia 13 hingga 70 tahun.

“Bersama serbuan itu, polis merampas dadah bernilai RM1.01 juta membabitkan 811.38 kilogram pelbagai jenis selain 542.37 liter dadah dalam bentuk cecair,” kata beliau dalam sidang akhbar di Bukit Aman hari ini.

Ayob memberitahu, rampasan paling banyak ialah daun ketum iaitu sebanyak 769.49 kg.

.Mengulas lanjut, beliau berkata, menerusi operasi sama polis menahan sebanyak 618 orang tokam dadah selain 174 individu dikehendaki dalam jenayah narkotik.

“Antara ditahan dalam operasi ini adalah sembilan penjawat awam yang mana tiga daripada mereka didapati positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine (AMP) selain enam lagi memiliki air ketum.

“Selain itu, sebanyak dua penuntut institut pengajian tinggi awam (IPTA) dan empat pelajar sekolah turut ditahan kerana memiliki dan positif dadah jenis Tetra Hydrocannibol (THC),” katanya.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya