PETALING JAYA: Sekurang-kurangnya 16 rakyat Malaysia diselamatkan kedutaan negara ini di Kemboja selepas ditipu satu sindiket penipuan pekerjaan di seberang laut.
Perkara itu disahkan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd. Jalil Hassan yang berkata, kesemua rakyat Malaysia berkenaan diselamatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan bantuan dan kerjasama Polis ASEAN (ASEANAPOL) serta Kementerian Luar.
Kata beliau, satu kenyataan media akan dikeluarkan PDRM dalam terdekat mengenai perkara itu.
“Kerjasama erat ini juga antara PDRM dengan Polis Cambodia,” katanya ringkas hari ini. – UTUSAN