11 peniaga, pemborong ayam Pasar Chabang Tiga dikompaun RM500 seorang

11 peniaga, pemborong ayam Pasar Chabang Tiga dikompaun RM500 seorang

KERAJAAN akan mengambil tindakan undang-undang sekiranya wujud kartel mengawal harga dan pengeluaran ayam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Seramai 11 peniaga termasuk seorang pemborong di Pasar Chabang Tiga di sini, dikenakan kompaun on the spot sebanyak RM500 seorang gara-gara menjual ayam segar melebihi  harga RM8.90 yang ditetapkan, semalam.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Terengganu dalam satu kenyataan memaklumkan, kesemua mereka dikesan mengenakan harga antara RM9.30 hingga RM10 sekilogram kepada pengguna.

Katanya, tindakan itu diambil mengikut Seksyen 11 Akta Kawalan Harga Dan Antipencatutan 2011 ketika operasi yang dijalankan pada pukul 10 pagi.

“Nilai kompaun itu adalah yang minimum ditetapkan bergantung kepada jenis kesalahan dan kategori sama ada individu atau syarikat.

“Penetapan harga maksimum ayam sebanyak RM8.90 itu mula dikuatkuasakan dari 5 Februari hingga 5 Jun ini. Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat spekulasi atau menularkan video yang boleh mencetuskan kontroversi,” kata kenyataan itu hari ini.

Semalam, tular dalam media sosial video berdurasi satu minit 37 saat yang memaparkan seorang peniaga ayam dikenakan kompaun oleh Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Terengganu. 

Dalam video itu, peniaga berkenaan mendakwa terpaksa menjual lebih mahal kerana harga ayam yang dibeli daripada pembekal yang mencecah RM8.70 sekilogram.

Bagaimanapun, menurut KPDNHEP negeri, rata-rata peniaga gagal mengemukakan bukti pembelian ayam standard sebanyak RM8.70 sekilogram sekali gus menyukarkan tindakan diambil ke atas pembekal atau pemborong. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN