Zul Ariffin disiasat mengikut Seksyen 233 Akta KMM - Annuar Musa 

Zul Ariffin disiasat mengikut Seksyen 233 Akta KMM – Annuar Musa 

Zul Ariffin
TANGKAP layar video yang dimuat naik Zul Ariffin menerusi Instagram malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pelakon, Zul Ariffin akan disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia susulan tindakan memuat naik klip video ‘panas’ di twitter baru-baru ini.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata, pelakon itu akan dipanggil pihak berkuasa untuk siasatan lanjut sebelum tindakan undang-undang diambil.

“Proses undang-undang berjalan. Pelakon, Zul Ariffin akan disiasat di bawah Seksyen 233 Akta KMM kerana ‘posting‘ YouTube yang menyalahi undang undang,” katanya menerusi Twitter beliau hari ini.

Katanya, beliau juga memaklumkan bahawa adegan lakonan seperti yang dikongsi pelakon itu tidak akan dibenar ditayangkan sama ada bulan Ramadan atau bulan lain.

Pelakon itu sebelum ini memuat naik video ‘teaser‘ drama bersiri Perempuan Itu di Instagram yang dianggap keterlaluan sehingga dikecam netizen.

Tindakan itu mendapat kecaman pelbagai pihak sebelum beliau membuat permohonan maaf, semalam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya