PETALING JAYA: Tindakan seorang lelaki warga emas melakukan onani sambil mencium pakaian dalam wanita di sebuah flat di Sri Sentosa, Jalan Klang Lama di sini tular di media sosial semalam selepas perbuatannya dirakam orang awam.
Susulan kejadian itu, polis Brickfields menahan lelaki berusia 62 tahun itu.
Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, terdahulu pada pukul 2.44 petang semalam, pihaknya menerima aduan berkaitan seorang lelaki mengambil pakaian dalam yang dijemur berhampiran flat terbabit.
Menurut beliau, lelaki itu kemudian dilihat mencium pakaian dalam berkenaan sambil melakukanperbuatan onani.
“Perbuatan itu dirakam oleh penduduk di situ yang kemudian menghubungi polis untuk memaklumkan perkara berkenaan.
“Susulam itu, kita telah menahan seorang lelaki berusia 62 tahun yang tinggal di Puchong, Selangor untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Kata beliau, siasatan dibuka mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 berhubung kes itu.
Permohonan reman terhadap suspek akan dibuat hari ini.
Beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak terbabit dengan sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang.
Sebarang maklumat mengenai kes jenayah di daerah ini, laporkan segera pada pihak polis dengan menghubungi Hotline Polis Brickfields di talian 03- 22979222, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.- UTUSAN