Wanita warga emas disamun di luar rumah

Wanita warga emas disamun di luar rumah

TANGKAP layar video tular samun melibatkan wanita warga emas di Bandar Tun Razak hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang warga emas rugi RM25,000 selepas barangan kemas dipakainya disamun dua lelaki bermotosikal serta bersenjatakan parang dalam kejadian di Bandar Tun Razak dekat sini pagi tadi.

Kejadian kira-kira pukul 9 pagi itu berlaku apabila warga emas berusia 77 tahun itu berada di luar kediamannya anaknya.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, ini susulan pihaknya terkesan dengan video tular di media sosial memperlihatkan kejadian samun berkawan melibatkan mangsa seorang wanita warga emas pada pukul 12.30 tengah hari ini.

Menurut beliau, semakan mendapati suspek warga tempatan yang bersenjatakan parang dan menaiki motosikal jenis Yamaha Y15 berwarna biru hitam.

“Aksi dalam video tersebut menunjukkan suspek telah menarik dua utas rantai leher dan memotong dua utas gelang tangan mangsa dengan menggunakan gunting pemotong sebelum melarikan diri menaiki motosikal nombor pendaftaran palsu.

“Ketika kejadian mangsa berada di luar rumah anaknya untuk pergi makan. Akibat kejadian itu, wanita itu mengalami kecederaan luka di tangan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

Ujarnya, polis mengingatkan orang ramai supaya tidak menularkan video yang boleh mendatangkan kegusaran awam.

“Sekiranya mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian ini, orang ramai boleh menghubungi Ibu pejabat Polis Daerah Cheras di talian 013-2165881, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2146 0584 / 585 atau mana-mana balai yang berdekatan,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya