VTL udara Thailand, Kemboja pertengahan bulan ini

VTL udara Thailand, Kemboja pertengahan bulan ini

WEE Ka Siong (tiga dari kiri) bersama Mah Hang Soon (dua dari kiri) merasmikan SJKC Cheah Fah di Sunway City, Iskandar Puteri di Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Kerajaan sedang melakukan persiapan untuk melaksanakan inisiatif Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) udara dengan dua negara iaitu Thailand dan Kemboja seawal pertengahan bulan ini.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong berkata, perkara itu sedang dibincangkan khususnya selepas kunjungan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ke kedua-dua negara itu, baru-baru ini.

“Selaku Menteri Pengangkutan, saya umumkan jemaah Kabinet memang sudah membincangkan hasil lawatan Perdana Menteri ke dua-dua negara itu dan mereka sudah setuju untuk VTL (udara) dilaksanakan.

“Sekarang perbincangan sedang dibuat untuk menentukan penerbangan dan laluan mana yang digunakan untuk melaksanakan inisiatif berkenaan,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Cheah Fah di Sunway City, di sini, hari ini. 

Yang hadir sama Timbalan Menteri Pendidikan I, Datuk Dr. Mah Hang Soon.

Tambah Ka Siong, pelaksanaan VTL udara dengan kedua-dua negara itu kelak mengguna pakai model yang sama melibatkan pelaksanaan VTL udara antara Singapura dan Kuala Lumpur sebelum ini.

“Kedua-dua negara itu juga sudah maklumkan mereka tidak akan laksanakan kuarantin, tetapi untuk kemasukan ke Malaysia kita mengguna pakai kaedah yang sama dengan VTL bersama Singapura. Hari ini, pihak Singapura juga sudah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka akan melaksanakan VTL udara antara Lapangan Terbang Antarabangsa Changi dan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang,” ujarnya.

Pada 25 Februari lalu, Perdana Menteri memberitahu, Malaysia bakal memulakan inisiatif VTL udara dengan Thailand dalam waktu terdekat ini ketika mengadakan kunjungan rasmi ke negara berkenaan.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN