Dua beradik lemas: 15 individu dipanggil beri keterangan

Dua beradik lemas: 15 individu dipanggil beri keterangan

SEBUAH kereta yang dinaiki mangsa dibawa naik selepas menggelongsor ke dalam Sungai Linggi dalam kejadian di Tanjung Agas, Linggi, Port Dickson, Khamis lalu.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN:  Seramai 15 individu termasuk termasuk ibu kepada dua beradik yang maut akibat lemas selepas kenderaan dinaiki mengelongsor ke dalam Sungai Linggi di Tanjung Agas di Port Dickson, Khamis lalu telah diambil keterangan.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, selain itu, keterangan juga diambil daripada saksi-saksi yang berada di tempat kejadian serta saksi yang boleh membantu siasatan.

Menurutnya, siasatan masih diteruskan untuk dilengkapkan, sementara, status pengislaman kedua-dua kanak-kanak (si mati) berkenaan masih di dalam siasatan Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Sembilan (JHEAINS).

“Bedah siasat telah dijalankan ke atas kedua-dua mangsa pada 5 September lalu (Jumaat) dan mendapati punca kematian disebabkan lemas. Tiada unsur kekerasan ke atas mangsa.

“Siasatan memerlukan sedikit masa lagi untuk dilengkapkan bagi membolehkan siasatan yang adil dan telus dijalankan dari semua aspek melibatkan keterangan saksi, bukti forensik dan lain-lain elemen siasatan sebelum kertas siasatan dirujuk kepada pendakwa raya,” katanya hari ini.

Ujar Alzafny lagi, setakat ini kedua-dua suspek ditahan reman selama tujuh hari mulai 5 September lalu sehingga 11 September untuk siasatan lanjut.

Sebelum ini media melaporkan, susulan nahas itu, dua individu ditahan selepas memberikan keterangan meragukan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson.

“Semakan rekod lampau terhadap suspek lelaki didapati terdapat sebanyak 16 kes di mana empat kes masih dikehendaki (wanted) manakala suspek wanita tidak mempunyai sebarang rekod jenayah. 

“Hasil saringan ujian air kencing kedua-dua suspek bagaimanapun adalah negatif. Dalam pada itu, semakan ke atas kereta terbabit didapati merupakan kenderaan yang dilaporkan hilang,” katanya.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×