Tiga sekawan miliki dadah ditahan

Tiga sekawan miliki dadah ditahan

RODZI Abu Hassan (dua dari kanan) menunjukkan sebahagian dadah yang dirampas di IPD Kubang Pasu, Padang Terap, Kedah, hari ini. - FOTO/MOHD. RIFAAT ABD. HAMID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUBANG PASU: Tiga sekawan termasuk seorang wanita ditahan kerana memiliki dadah dalam satu serbuan di sebuah rumah sewa di Kampung Tok Kesop, di sini semalam.

Ketiga-tiga suspek itu menjadikan rumah sewa tersebut sebagai ‘port’ mengedar dadah dan aktiviti tersebut dipercayai dijalankan antara tujuh hingga lapan tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintenden Rodzi Abu Hassan berkata, suspek yang berusia antara 23 hingga 30 tahun ditahan hasil serbuan pada pukul 1.30 petang.

Menurutnya, hasil pemeriksaan di rumah sewa itu, polis merampas heroin sebanyak 1,630.06 gram (g) dan syabu 1,373.08g bernilai RM186,200.

Katanya, anggota polis turut merampas wang tunai sebanyak RM343 daripada kedua-dua lelaki tersebut.

“Semasa serbuan itu mereka sedang asyik menghisap dan beberapa peralatan seperti tiub kaca syabu turut dirampas,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu, di sini hari ini.

Beliau memberitahu, dadah tersebut dipercayai untuk pasaran di daerah ini dan dadah itu mampu digunakan lebih kurang 5000 penagih.

Tambahnya, hasil ujian air kencing mendapati ketiga-tiga suspek tersebut positif dadah jenis methamphetamine dan mempunyai rekod jenayah berkaitan kes menagih dan mengedar.

Dalam serbuan itu, Rodzi berkata, pihaknya juga merampas sebuah kereta jenis Perodua Kelisa dan dua motosikal untuk sitaan bersangkut dengan kes ini dengan nilai sitaannya kira-kira RM24,200.

“Ketiga-tiga suspek terbabit ditahan reman selama enam hari bermula hari ini,” ujarnya.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 15 (1) (a) ADB 1952,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya