Tiga rentung: Tiada unsur jenayah terlibat

Tiga rentung di Sibu, tiada unsur jenayah

SEORANG duda menemui ajal selepas terjatuh dari tingkat sembilan dalam kejadian di Blok D PPR Krubong, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SIBU: Kebakaran yang memusnahkan dua buah rumah dan meragut tiga nyawa di Kampung Bahagia Jaya, Jalan Burung Beliris di sini pada malam semalam tiada sebarang unsur jenayah ataupun khianat.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon 4 Sibu, Janggan Muling berkata, pihaknya menolak sebarang spekulasi yang mendakwa kejadian berlaku disebabkan unsur-unsur jenayah.

JANGGAN MULING

“Berdasarkan penilaian Unit K9  anjing pengesanan) yang turut dibawa ke lokasi kejadian, tiada sebarang bukti penemuan yang mendakwa berkemungkinan kebakaran itu disebabkan unsur khianat.

“Biasanya, jika anjing pengesan ini menghidu sesuatu, seperti bau petrol serta unsur-unsur yang lain maka ia tidak akan bergerak dan beralih ke tempat lain. Justeru, kejadian ini berlaku tidak berkait dengan sebarang unsur jenayah,” katanya.

Sementara itu, beliau turut menasihatkan agar setiap pintu rumah terutamanya di rumah panjang perlu memiliki sekurang-kurangnya sebuah alat pemadam api sebagai Langkah pencegahan awal jika berlakunya kebakaran.

Dalam kejadian kebakaran sekitar jam 8:00 malam semalam, tiga orang ditemukan rentung selepas terperangkap di dalam sebuah rumah yang merupakan rumah kedua musnah 100 peratus dalam kebakaran di Kampung Bahagia Jaya, Jalan Burung Beliris, di sini.UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN