Tercicir bantuan banjir, hubungi PDT, ICU - Noh - Utusan Malaysia

Tercicir bantuan banjir, hubungi PDT, ICU – Noh

Projek pendalaman Sungai Klang akan dilaksana dua bulan lagi bagi elak banjir di Selangor.-UTUSAN/ZULFADHLI ZAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Mangsa banjir yang belum menerima bantuan seperti Bantuan Wang Ihsan (BWI) atau Bantuan Selangor Bangkit (BSB) perlu maklumkan kepada Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) masing-masing atau berhubung dengan Pejabat Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri.

Pengerusi Majlis Keselamatan Negara (MKN) Selangor, Tan Sri Noh Omar berkata, tidak dinafikan masih terdapat mangsa banjir pada Disember lalu khususnya di Shah Alam dan Klang belum menerima bantuan Kerajaan Persekutuan dan negeri.

Menurut beliau, penyerahan bantuan tersebut sepatutnya diselesaikan pada akhir Februari seperti diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Negeri Selangor yang dipengerusikan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pada 27 Januari lalu.

“Saya tak dapat lagi jumlah sebenar penerima bantuan kepada mangsa banjir sebanyak RM1,000 dan RM2,500 daripada Kerajaan Persekutuan, tetapi berdasarkan maklumat yang dilaporkan masih ada belum dapat. Mungkin ini di peringkat akhir.

“Yang mana belum dapat terutama peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan, mereka boleh terus pergi ke Pejabat Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri Negeri Selangor di Shah Alam,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Karnival Pendidikan Parlimen Tanjong Karang di sini dengan kerjasama Yayasan Bank Rakyat yang turut dihadiri Pengerusinya, Datuk Megat Zulkarnain Omardin dan Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat, Datuk Syed Abdul Aziz Syed Hassan.

Masalah kelewatan

Noh yang juga Ahli Parlimen Tanjong Karang berkata, bagi menyelesaikan masalah kelewatan itu beliau meminta pihak-pihak terlibat kurangkan prosedur pengesahan yang menyebabkan kelewatan pemberian bantuan kepada mangsa.

“Jadi saya harap kalau boleh kurangkan (birokrasi) seperti saya dapat maklumat di Bestari Jaya, bila sudah beri (borang) kepada PDT, pegawai di sana pula buat kerja-kerja pengesahan lagi dengan ketua-ketua kampung.

“Sepatutnya, bila sudah dihantar kepada PDT, mereka sepatutnya ada rekod, tak perlulah buat pengesahan semula. Itulah sebab jadi lambat,” jelasnya.

Terdahulu, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari memaklumkan Petaling dan Klang merupakan daerah paling ramai mangsa banjir memohon bantuan apabila sebanyak 30,000 dan 70,000 dihantar ke PDT di kedua-dua daerah tersebut. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.