Tentera Darat fokus tingkat kebajikan anggota

Tentera Darat fokus tingkat kebajikan anggota

ASET dan kompetensi tentera darat dipamerkan menerusi demonstrasi sempena majlis sambutan Hari Ulang Tahun Tentera Darat Ke-89 di Kem Segenting, Port Dickson, Negeri Sembilan, semalam. - UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Tentera Darat Malaysia terus memberi fokus meningkatkan kebajikan kesemua warganya selari dengan tema sambutan Hari Ulang Tahun Tentera Darat Ke-89 tahun ini iaitu ‘Kesejahteraan Keluarga Tentera Darat Diutamakan, Kedaulatan Negara Terjamin’.

Panglima Tentera Darat, Tan Sri Zamrose Mohd. Zain berkata, tema berkenaan dipilih kerana aspek kesejahteraan dan kebajikan warga tentera darat adalah sumber moral kepada setiap anggota.

“Aspek kesejahteraan dan kebajikan seperti kemudahan rumah keluarga, pendidikan, kerohanian, kesihatan, pengiktirafan dan kelengkapan tempur persendirian serta kelengkapan tempur persendirian adalah sumber moral dan semangat warga tentera darat untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada negara.

“Ia sejajar dengan amanat saya dengan menggariskan enam fokus yang disampaikan minggu lalu untuk diberikan tumpuan pada tahun ini termasuk kesejahteraan dan kebajikan warga tentera darat,” katanya dalam ucapan sempena majlis sambutan Hari Tentera Darat di Kem Segenting, di sini, semalam.

Lima fokus lagi adalah usaha meningkatkan kesiagaan dan keupayaan, penstrukturan dan penyusunan organisasi, pemerkasaan tadbir urus, meningkatkan diplomasi pertahanan serta membantu kerajaan dalam operasi ketenteraan selain perang.

Menurut beliau, keenam-enam fokus itu perlu diteliti, difahami, diperhalusi dan diambil tindakan setiap peringkat pemerintahan berdasarkan peranan masing-masing.

“Saya yakin, jika semua dapat menyatukan usaha serta bersama-sama memberi tumpuan terhadap fokus yang ditetapkan pasti dapat mencapai hasrat sepenuhnya,” katanya.

ZAMROSE Mohd. Zain (tengah) bersama pegawai dan anggota pada majlis sambutan Hari Ulang Tahun Tentera Darat Ke-89 di Kem Segenting, Port Dickson, Negeri Sembilan, semalam. – UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN

Dalam pada itu, Zamrose menjelaskan, terdapat beberapa cabaran dihadapi Tentera darat seperti ketidakstabilan persekitaran geopolitik dunia serta ancaman wabak penyakit berbahaya Covid-19 yang belum menampakkan hasilnya.

“Keadaan ini mewujudkan ketidaktentuan dalam hubungan politik dan ekonomi negara di dunia. Sebarang konflik yang timbul kesan daripada ketidaktentuan ini pasti terus memberi impak negatif kepada negara.

“Saya menyeru kepada semua peringkat kepemimpinan untuk sentiasa mempersiap anggota masing-masing dengan melaksanakan latihan berkesan, menerapkan kemahiran khusus serta meneguhkan aspek kerohanian dan jati diri anggota sebagai persediaan untuk menghadapi sebarang kemungkinan,” katanya.

Sementara itu, seramai 2,500 orang terdiri daripada pegawai dan anggota lain-lain pangkat terlibat dalam menjayakan sambutan Hari Ulang Tahun Tentera Darat Ke-89 pada tahun ini.

Sambutan pada tahun ini turut diadakan demonstrasti dinamik yang mempamerkan keupayaan aset dan kompetensi Tentera Darat sebelum disusuli dengan perbarisan tempur.

Antara aset yang terlibat dalam segmen demonstrasi dinamik adalah Kereta Kebal PT91M Pendekar, kenderaan perisai 8×8 Gempita, kenderaan berperisai berantai Adnan serta kenderaan berperisai 4×4 Lipan Bara.

Turut dipertontonkan keupayaan helikopter LOH A109 Agusta dan kenderaan pengangkut senjata Vamtac.

Yang hadir sama pada majlis berkenaan Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Seri Mohammad Ab. Rahman; Panglima Medan Tentera Darat, Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan dan Panglima Medan Timur Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Mardzuki Muhammad. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya