Taman Pertanian Negeri rugi RM1 juta akibat banjir  - Utusan Malaysia

Taman Pertanian Negeri rugi RM1 juta akibat banjir 

MOHD. Amran Awang meninjau kesan kerosakan di Taman Pertanian Negeri di Sekayu akibat banjir besar melanda daerah Hulu Terengganu. - NOOR HAYATI MAMAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU: Banjir buruk yang melanda daerah ini menyebabkan Taman Pertanian Negeri di Sekayu di sini rosak teruk dengan anggaran kerugian mencecah RM1 juta.

Pengurusnya, Mohd. Amran Awang berkata, antara yang terjejas ialah bangunan penginapan, dewan makan, surau, taman kanak-kanak dan kolam tema yang dipenuhi lumpur setebal kira-kira 0.5 meter. 

Lebih menyedihkan, katanya, bah turut memusnahkan projek Repositori Kelulut Indo-Malaya Sekayu yang dikumpulkan sejak 201.

“Nilai kerugian bagi projek kelulut yang diusahakan bersama Jabatan Pertanian negeri melibatkan kos hampir RM300,000.

“Kita menjangkakan kerja-kerja baik pulih pelbagai kerosakan termasuk sistem pendawaian mengambil masa sekurang-kurangnya tiga bulan,” katanya kepada pemberita hari ini.

Mohd. Amran berkata, taman itu sepatutnya dibuka semula kepada pengunjung hari ini setelah ditutup sejak 1 November lalu kerana musim tengkujuh, namun pengoperasian itu akan ditangguhkan lagi bagi proses baik pulih.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya