Sumbang wang kepada pelajar dalam bentuk akaun SSPN

Sumbang wang kepada pelajar dalam bentuk akaun SSPN

WAN Saiful Wan Jan (dua dari kiri) membantu seorang pelajar menggalas beg pada Program Jelajah Simpan SSPN 2022 di Langkawi hari ini. - FOTO/NUR AMALINA AZMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mengalu-alukan pihak yang ingin memberi sumbangan wang tunai kepada pelajar disampaikan dalam bentuk akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN).

Pengerusi PTPTN, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, sumbangan dalam bentuk akaun itu akan dapat memupuk budaya menabung dalam kalangan masyarakat terutama golongan pelajar.

Menurutnya, pelajar yang menerima sumbangan akaun tersebut juga akan mendapat banyak manfaat termasuk takaful percuma, geran sepadan dan dividen.

“Kalau ada sesuatu pertandingan untuk pelajar boleh dipertimbangkan hadiah dalam bentuk akaun itu yang dapat dimanfaatkan pada masa hadapan,,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Program Jelajah Simpan SSPN 2022 di Hotel Aseania, Pantai Tengah di sini hari ini.

Wan Saiful berkata, PTPTN juga mengalu-alukan kerjasama daripada agensi lain untuk bersama-sama membudayakan amalan penabungan bagi menyokong usaha PTPTN sebagai peneraju tabung pendidikan tinggi negara.

Pada majlis itu, beliau turut menyampaikan sumbangan dalam.bentuk akaun Simpan SSPN Prime bernilai RM100 kepada 100 orang pelajar sekolah daripada golongan yang kurang berkemampuan.

Ujarnya, program yang melibatkan peruntukan berjumlah RM10,000 itu diadakan di beberapa lokasi lain di seluruh negara.

“Program Jelajah Simpan SSPN 2022 melibatkan sumbangan zakat PTPTN kepada 3,000 orang pelajar asnaf dari 30 kawasan terpilih di beberapa negeri yang diberikan dalam bentuk akaun Simpan SSPN Prime dengan peruntukan sebanyak RM300,000.

“Di negeri Kedah, Program Jelajah Simpan SSPN akan melibatkan 16 kawasan dan kawasan Langkawi merupakan salah satu lokasi untuk diadakan program ini,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya